.............Muslimah Itu Indah.................

"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat."


Sunday 6 November 2011

~ Tanda-tanda Kematian Orang Islam ~

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.Rasulullah S.A.W diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat baginda.
   Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapai sakaratulmaut sendirian.Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya,wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai di bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya,iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.


Tanda-tanda kematian ini terbahagi kepada beberapa keadaan :


TANDA 100 HARI sebelum hari mati


  • Ini adalah tanda pertama daripada Allah S.W.T kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.walau bagaimanapun,semua orang islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.
  • Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar.seluruh tubuh,iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Cthnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
  • Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini tanda mati a maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
TANDA 40 HARI sebelum hari mati
  • Tanda ini juga berlaku sesudah waktu asar.Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
  • Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang terletaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikat akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti sepanjang masa.
  • Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan akan bingung setika.Adapun malaikat maut ini wujud cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
  • Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ia berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
  • Terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
  • Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit,hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini akan dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
  • Telinga akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
  • Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
  • Akan berlaku sesudah waktu asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang,iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya.
  • Tanda akhir - akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ia akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

" sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada ALLAH SWT semoga kita adalah diantara orang yang terpilih oleh ALLAH yang akan diberikan kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini.Semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada daripada ALLAH SWT mahupun daripada manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita."

2 comments:

  1. interest entry sist!!! follow back my blog!!!
    are you an indonesian?

    ReplyDelete
  2. thanks.....im from malaysia....orait..i will follow ur blog...

    ReplyDelete